Archive for April, 2010

Super Chelsea

Posted in Life, Loved on April 26, 2010 by chupchintap

And it’s super Chelsea
Super Chelsea F.C
We’re by far the greatest team…
the world has ever seen~

Fuh~ lega sekejap tapi aku dah kena get ready dari segi mental sebab lepas ni ada game dengan Liverpool. Ouh, menang la kau Chelsea! 😉

Advertisements

All The Best!

Posted in Life on April 25, 2010 by chupchintap

Hope sangatlah kau menang wahai Chelsea oi~ Penting gila nih!

Petang tadi

Posted in Friendship, Life, Myipo on April 24, 2010 by chupchintap

Hari ini aku memenuhkan separuh dari weekend aku bersama dearest Yatie, Afiza dan Sally. Kami keluar pi jalan-jalan cari tudung dan menyempitkan diri kat pasar malam jalan TAR. Pack sungguh, nama pun pasar malam kan. Btw, sorrylah semua, sebab aku agak emo.

Ouh ya, Happy Birthday kak Liza. Hope happy-happy je, panjang umur and bertambah rezeki.

Tagging by Nick~

Posted in Life, Tagging on April 23, 2010 by chupchintap

1. Where is your cell phone? – sebelah keyboard
2. Your hair? – lurus bendul
3. Your mother? – Pn. Noorrainda Hashim
4. Your father? – Abdullah Ya’cob
5. Your favorite place? – Ampang Superbowl
6. Your dream last night? – Nope, lena tidur sebab Chelsea menang 😀
7. Your favorite drink? – Pepsi, hoho 😉
8. What room you are in? – 0ffice
9. Your hobby? – surfing, photography
10. Your fear? – Abah aku
11. Where do you want to be in 6 years? – Tak kisah mana-mana pun, asalkan selamat.
12. Where were you last night? – home ‘sweet’ home.
13. Muffins? – Err, tak layan sangat.
14. Wish list item? – DSLR
15. Where you grew up? – Rumah atuk aku kat Endau, Mersing, Johor. Ouh rindu gila!
16. Last thing you did? – Layan mood
17. What are you wearing? – banyak sangat, toksah la nak list
18. Your TV? – 400, haha 😀
19. Your pet(s)? – kucing ( Sepakakular – Cola, Kaisah Safina – Cici, Norhakiki – Kiki ) 😉
20. Friends? – tak kan tikam belakang
21. Your life? – Boleh la~
22. Your mood? – 50% sukar nak jangka
23. Missing someone? Yup!
24. Car? – mini cooper
25. Something you’re not wearing? – boxer 😀
26. Your favorite store? – aku tibai je mana-mana
27. Your favorite color? – Hijau (Green for life) 😉
28. When is the last time you laughed? – baru je tadi ni haa
29. Last time you cried? – lupa suda~
30. Who will resend this? – err tah
31. One place that I go to over and over? – lrt sentul
32. One person who emails me regularly? – notification facebook, berlambak haq

Ok cik Nick, done~

Favourite Baru Aku~

Posted in Life on April 22, 2010 by chupchintap

Sekarang ni bila lepak mamak bawah aku dah ada satu menu favourite baru iaitu :

Teh O Panas dengan Roti Keping Kosong, uwah, nampak agak bergaya bila makan roti cicah-cicah dalam air tu 😉 Selain dari gaya, mutu serta keunggulan ia juga menjimatkan lagi perbelanjaan aku. Pelaburan bijak kut. Dah dekat seminggu aku duduk ketagih makan roti camtu. Agak seronok~

And Cik Sally, ni aku nak bagitahu kau, aku bukan diet tau. Sebab aku memang tak suka amalan diet ni, yelah aku kan suka makan. Aku makan roti tu sebab syok ouh 😀

Aku

Posted in Friendship, Life on April 21, 2010 by chupchintap

Macam biasa, aktiviti bulanan aku ialah demam. Bila dah demam that mean aku akan dapat makan fast food. Yehaa~ Today aku rest je kat rumah. Yelah akak aku suruh aku rest je kat rumah, duit boleh cari tapi kesihatan tu penting nak kena jaga 🙂 Hurm~ yelah, me rest je kat rumah.

Syok, dapat tidur-tidur, dapat tengok Tasbih Cinta ( ni cik Afiza yang minta tolong aku tengokkan ), tapi aku tengok-tengok ayam je. Sebab aku tak tahu hujung pangkal, tu yang lalok-lalok je. huuu 😀 Entah apa yang dia minat kat Jojo tu tah.

Then, petang tu dearest Yatie aku balik, best gila aku rasa. Hidup balik diri aku yang separuh bosan kat rumah ni. Secara tidak sengaja, kami terlayan cerita Adamaya 😀 Macam layan tapi keadaan tidak mengizinkan terpaksalah kami melupakan cerita yang agak best tu. Takpelah, untuk menyedapkan hati, kami membuat keputusan untuk tengok repeat kat website TV3 je.

Hurm~ tadi aku baca blog kawan-kawan aku. Ramai sangat yang bad mood bulan ni. Dengan masalah rumahnya, kawan-kawannya, kencing bersepahnya. Entahlah, manusiakan susah nak jangka. Luaran tak seindah dalaman. Sabar jelah 🙂

Ini Macam Pun Ada Lagi Ke?

Posted in Friendship, Life on April 20, 2010 by chupchintap

Ni la namanya duniawi. Hidup dikelilingi manusia yang penuh dengan pelbagai kerenah dan tatasusilanya. Tidak dinafikan kadang-kadang ada yang menjadi talam secara tidak sedar.

Buat apalah kita nak amalkan budaya talam-menalam ni. Apa yang kita dapat? Kepuasan? Kepercayaan? Mudah didekati? Ouh please~ bagi aku itu semua lebih memudaratkan lagi kesihatan jantung. Jangan ingat orang gemar sangat dengan perangai talam-menalam ni. Kalau ada yang okay dengan kau tu pun, depan-depan je kot. Sedar tak sedar belakang engkau dimakinya berbakul. Tapi bila kau dengar cerita orang maki kau, kau janganlah marah. Sebab apa? sebab kau sendiri yang cari pasal.

Kita ni nak berkawan berpadalah. Janganlah sampai ada rasa tak puas hati dengan kawan kita sendiri. Janganlah ada dengki-dengki sampai nak burukkan kawan sendiri dengan harapan kita dapat memonopoli sesebuah institusi persahabatan itu. Tak faham aku. Yang buat aku lagi tak faham bila ada yang sanggup pisahkan hubungan persahabatan antara temannya sendiri. Kenapa ye? Dengki ek tengok keakraban kami? Aiseh~ kita ni nak kawan, kawan sama-samalah. Sama rata, sama adil. Tak rugi apa-apa pun kan?

Then, ada satu lagi. Aku pantang sangat yang depan aku memang baik gila tapi secara batinnya dia membuat pengakuan yang dia sebenarnya tak suka nak kawan dengan aku. Cis~ hancit. Ni kira-kira macam kes mengata kaw-kaw lepas tu buat muka sedih bila duit kering! Lain kali bila tak suka tu, buat cara tak suka. Tak payah nak buat-buat baik. Menyusahkan kau je nak berlakon, nak mencanang-canang cerita kat kawan-kawan kau yang kononnya kau ni MACAM BAGUS!

Dasar talam basi!

Cuma apa yang aku minta sangat pada sesiapa yang ada mengamalkan cara hidup ketalaman ni tolonglah ubah demi kebaikan diri sendiri. Kita sedar bukan senang nak jaga hati dan perasaan orang, lebih-lebih lagi yang kita kenal tidak sampai bertahun rankingnya tapi tak salah kau ikhlas dalam apa yang kau lakukan, jangan buat perangai yang sememangnya kau sedar akan merosakkan sesuatu hubungan barulah orang suka dengan diri kau.

* Sambil memuhasabahkan diri sendiri~