Ini Macam Pun Ada Lagi Ke?

Ni la namanya duniawi. Hidup dikelilingi manusia yang penuh dengan pelbagai kerenah dan tatasusilanya. Tidak dinafikan kadang-kadang ada yang menjadi talam secara tidak sedar.

Buat apalah kita nak amalkan budaya talam-menalam ni. Apa yang kita dapat? Kepuasan? Kepercayaan? Mudah didekati? Ouh please~ bagi aku itu semua lebih memudaratkan lagi kesihatan jantung. Jangan ingat orang gemar sangat dengan perangai talam-menalam ni. Kalau ada yang okay dengan kau tu pun, depan-depan je kot. Sedar tak sedar belakang engkau dimakinya berbakul. Tapi bila kau dengar cerita orang maki kau, kau janganlah marah. Sebab apa? sebab kau sendiri yang cari pasal.

Kita ni nak berkawan berpadalah. Janganlah sampai ada rasa tak puas hati dengan kawan kita sendiri. Janganlah ada dengki-dengki sampai nak burukkan kawan sendiri dengan harapan kita dapat memonopoli sesebuah institusi persahabatan itu. Tak faham aku. Yang buat aku lagi tak faham bila ada yang sanggup pisahkan hubungan persahabatan antara temannya sendiri. Kenapa ye? Dengki ek tengok keakraban kami? Aiseh~ kita ni nak kawan, kawan sama-samalah. Sama rata, sama adil. Tak rugi apa-apa pun kan?

Then, ada satu lagi. Aku pantang sangat yang depan aku memang baik gila tapi secara batinnya dia membuat pengakuan yang dia sebenarnya tak suka nak kawan dengan aku. Cis~ hancit. Ni kira-kira macam kes mengata kaw-kaw lepas tu buat muka sedih bila duit kering! Lain kali bila tak suka tu, buat cara tak suka. Tak payah nak buat-buat baik. Menyusahkan kau je nak berlakon, nak mencanang-canang cerita kat kawan-kawan kau yang kononnya kau ni MACAM BAGUS!

Dasar talam basi!

Cuma apa yang aku minta sangat pada sesiapa yang ada mengamalkan cara hidup ketalaman ni tolonglah ubah demi kebaikan diri sendiri. Kita sedar bukan senang nak jaga hati dan perasaan orang, lebih-lebih lagi yang kita kenal tidak sampai bertahun rankingnya tapi tak salah kau ikhlas dalam apa yang kau lakukan, jangan buat perangai yang sememangnya kau sedar akan merosakkan sesuatu hubungan barulah orang suka dengan diri kau.

* Sambil memuhasabahkan diri sendiri~

Advertisements

4 Responses to “Ini Macam Pun Ada Lagi Ke?”

  1. tul laa wei..ak sokong ngn pe yg ko kate..kite anggap je yg org 2 dengki ngn kite..xyah lyn laa wei..mcm2 peel kan..poyo je lbih..lgpun org 2 xsenang kot ngn kite..xleh kite ni lebih dri die..ade je laa..bnda xtul pun die kate tul..mmg dengki itu orang..aku laa kan mls nak lyn klu org yg talam2 ni..talam dah basi mmg cm2..POYO laaa lu…..

    • chupchintap Says:

      tu la, org tu jeles kut sbb xdpt phatian. ape yg syok sgt tah jd talam ni nk2 yg men laga2 kn org ni. lglah, hareemmm~
      ak mmg mls nk lyn, tp kdg2 ak xthn ouh. jiwe rage ak sakit!

  2. ak pun kdg2 xthn gak..tp wat dunno je..xtau laa klu2 sok2 meletup..hahaha..truk nnt..xpe laa..jnji org 2 bhgia..bia laa nak kate pe pun..nak report kat mak ak laa blk ni..hahahahaha

    • chupchintap Says:

      huhu,ko kalo marah xsggup ak nk ngadap. tp ak xtau la org yg talam ni, mane tau die ade kuase len mcm tu yg bebal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: