Archive for the Family Category

Cucu Kesayangan Nenek

Posted in Family, Life on February 20, 2010 by chupchintap

Tadi aku dapat call dari kakak aku, dia mengadu kat aku cancel tunang March ni, sebab Si Wan tu dah baik balik dengan Ex-Tunang dia. Fuh, secara batinnya memang aku syukur sangat kakak aku tak jadi nak tunang dengan Si Wan tu. Walaupun aku tidak mengenali Wan secara peribadi tapi mendengarkan ceritanya sudah membuatkan aku meluat inikan lagi nak menerimanya sebagai BIL? Pleasela~ Apa kerja Si Wan tu pun aku tak tahu. Duduk memerap je kat rumah nenek sendiri.

Aku juga yakin parent aku juga lega after kakak aku cakap tak jadi nak tunang, cos parent aku bukanlah suka sangat kat Si Wan ni dan keputusan untuk membenci Si Wan adalah tepat, antara sebab kami membencinya :

  • Pak Ali ( Ayah Si Wan ) merupakan cousin abah aku, maka Pak Ali telah meminta bantuan abah aku untuk memasukkan Si Wan ke dalam ATSNJ. After abah aku bersusah payah masukkan dia, dia pula cabut.
  • Pak Ali juga telah memujuk abah aku untuk menjadi guarantor dia, atas dasar cousin abah aku membantu Pak Ali yang ingin membeli Honda Civic. Adat sebagai guarantor, akhirnya abah aku telah di blacklist kan namanya oleh pihak bank. Maka, abah aku terpaksa bersusah payah dalam urusan membeli aset-asetnya hingga terpaksa mengunakan nama mak aku.
  • Pak Da aku juga telah menjadi guarantor Pak Ali, dan juga menjadi mangsa.
  • Tok Dah ( Mak kepada Pak Ali, makanya merangkap nenek kepada Si Wan dan dah tentu ada kaitan dengan kami juga ) telah menelefon abah aku untuk memujuk parent aku yang mereka teringin sangat nak jodohkan kakak aku dengan Si Wan, mereka dah berkenan kat kakak aku. Lastlast tadi aku dapat tahu dari kakak aku Tok Dah cakap tak suka kahwin-kahwin sedara ni, takut dapat anak cacat.

Actually banyak lagi tapi aku tak larat nak taip panjang lebar dan merujuk pada point ketiga, Tok Dah aku telah menjadikan Pak Long aku sebagai contoh, (Pak Long aku telah pun berkahwin dengan cousinnya dan mempunyai seorang anak yang lembab iaitu Kak Cik) ingin ditegaskan sekali lagi disini LEMBAB bukan CACAT!!. Dah lah Tok Dah ni pergi cakap macam tu depan Mak Long aku, of cos la terasa hati Pak Long dan Mak Long aku. Ish, aku tak faham betul, cakap ikut sedap bahasa dia je. Kalau nak dibandingkan daripada 4 orang anak Pak Long aku, just Kak Cik je yang jadi macam tu tapi yang lain-lain dah pun berjaya. Yan, study overseas nun, Kak Ngah stay overseas dah 3 country dia merantau, tak nak pula dihebohkan. Ini yang lembab dijadikan masalah.

Hey~ jangan nak tutup pekung di dada sendiri la. korang tu bukan orang lain pun. Darah yang mengalir dalam darah korang tu still ada bau-bau bacang dengan kiteorang. So, tak guna nak cover line Si Wan tu sebab kiteorang dah tau apa punca nak cancelkan pertunangan Si Wan dengan kakak aku. Sebab korang nak jaga sangat pekung korang tu sampai korang sanggup hina anak Pak Long aku.

Penat Ouh

Posted in Family, Life, Loved on December 6, 2009 by chupchintap

Hari ni hujan turun dengan lebatnya.

Mak aku cakap, lama dah JB tak hujan.

Kebetulan pula hari aku balik ni ye hujan.

Akak aku pula cakap, “Nana balik, tu yang hujan. hujan terperanjat”.

Oleh disebabkan hujan, kami pun postponekan plan kami.

Then kami sambung tidur 😛

Kami keluar dari rumah jam 4.00PM menuju ke City Square.

Disertai oleh mak, mucuk, akak, DeqIjan, Zira dan aku.

Plan awal nak tengok wayang, tapi atas sebab-sebab tertentu kami cancelkan.

So kami ronda je kat CS tu.

Then kami top up perut kat McD.

Balik rumah, and rest jap.

After magrib kami keluar, kali ni berempat je.

Aku, mucuk, akak and Zira.

Kami menuju ke Danga Bay, main segala benda yang ada.

Then pi makan steam boat kat dataran JB.

Tapau steam boat and makan kat Pantai Lido.

Otw balik sambil pusing-pusing JB.

1.00AM program kami berakhir.

JB

Posted in Family, Life, Loved on December 5, 2009 by chupchintap

Alhamdulillah aku telah pun selamat sampai.

Sekian lama tidak menjejakkan kaki kat kem TSN tu, terasa amat janggal sekali.

Gerak dari KL jam 5.30PM dan tiba di TSN pada jam 10.30PM bersama dengan mucuk dan zira.

Deqlan pick up aku kat depan simpang Taman Johor.

So tak payahlah aku turun Larkin.

Malam ni rest-rest aje sambil borak-borak dengan family aku.

Esok petang mau ronda-ronda JB dengan akak aku.

Cuti

Posted in Family, Life, Loved on November 29, 2009 by chupchintap

Hari raya dah pun berlalu.

Cuti yang agak panjang telah aku habiskan bersama family.

Agak puas melayan kerenah COLA yang agak meragam time aku sedang indah tidur.

Melayan anak-anak SESELOW, specially dak TUNDER tu.

Plan hari sabtu nak main bowling dengan mak.

Tapi after dia balik kerja, aku dan mucuk melantak tidur.

Huh~ apakah? 😀

Rosak plan.

Gerak balik KL hari Ahad, pukul 11.30AM.

Sampai rumah area 3.00PM.

Jalan agak jammed kat area Senawang-Seremban.

Btw aku tak terasa pun jammed coz aku tidur dengan lenanya.

Tau-tau je dah sampai Serdang.

😛

Kampung Aku

Posted in Family, Life, Loved on May 10, 2009 by chupchintap

29 Mei ni, InsyaAllah aku akan balik kampung di mana aku dibesarkan.

Mersing, Johor Darul Ta’zim.

Aku sangat rindukan kampung aku.

Sudah lama aku tak jejakkan kaki aku ke sana.

Tempat aku dibesarkan dengan kasih sayang mak dan bak.

Sangat seronok.

😀

Di situ jugalah tempat jatuh bangunnya aku.

Tempat aku mencorak masa depan yang agak goyah sekarang.

Tempat aku belajar untuk menghargai persahabatan serta persaudaraan.

Biarlah orang nak kata aku hanyalah budak kampung.

Yang comot serta terlalu hingusan apabila berada di rantauan.

Sedangkan adik-beradik aku yang lain dibesarkan di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru.

Setakat aku ini apa yang ada bagi mereka.

Tidak standard seperti mereka.

Biarlah orang nak kata kampung aku tidak ada apa pun yang menarik.

Kerana hanya aku yang dapat menikmatinya.

Jauh perjalanan aku, jauh juga pengalaman aku.

Teratak atuk aku yang di kelilingi pokok kelapa serta mangga serta rumput yang luas menghijau jadi padang permainan aku dan kawan-kawan aku.

Kawan-kawan aku pun bukan orang lain, hanyalah sepupu sepapat aku juga.

Rumah mereka pun di sekitar rumah bak juga.

Di sebelah belakangnya pula terdapat beberapa hektar kelapa sawit yang di dalamnya juga terdapat satu kandang kambing Pak Dak aku.

Aku juga sudah biasa membuat kerja-kerja kampung.

Kadang kala aku menolong bak mengambil hasil tangkapan nelayan di tepian pantai.

Menolong Pak Dak menguruskan kebun sawit.

Mengikut Pok Mat mengangkat jaring ikan di tengah-tengah lautan.

Sepupu-sepupu aku pun selalu ikut sama.

Manakala permainan harian kami badminton, rounders, pancing ikan kat sungai tepi rumah bibik, main basikal, pondok-pondok.

Sangat berbeza dengan budak-budak sekarang yang lebih suka melepak di cyber cafe serta menghadap PS.

Begitu juga dengan persekitaran kampung atuk aku, sudah berubah.

Kalau dulu nak tengok tv kena pusing-pusing area sekarang sudah ada astro.

Lantai rumah atuk aku dulu simen hijau sekarang sudah berjubin.

Rumah pun dah berubah rupa bentuknya.

Atuk dengan nenek aku pun dah tak ada lagi.

Itulah perubahan yang amat ketara aku rasakan.

😦

Abah dan Mak?

Posted in Family, Life, Loved on May 8, 2009 by chupchintap

Tiba- tiba aku rasa mood agak terganggu sedikit apabila mendengar lagu Sudirman – Ayah Dan Ibu.

Rindu pula pada mereka yang sudah lama aku tak jumpa.

Last aku jumpa mereka sewaktu hari raya tahun lepas.

Aku dan mereka tidaklah seakrab mana.

Dari kecil aku dijaga oleh mak dan bak ( atuk dan nenek ) aku.

Aku tahu aku tak patut menjauhkan diri dari mereka.

Cuma aku rasa tersisih apabila bersama dengan mereka semua.

Sometime aku rasakan seperti tidak ada abah dan mak lagi.

Kerana aku tidak pernah merasakan kasih sayang dari mereka.

Susah dan senang aku, aku tanggung sendirian tanpa bantuan mereka.

Pernah juga aku meminta pertolongan but all it’s nothing.

Apa yang buat aku terasa dengan sikap mereka ketika aku study dulu.

Handphone aku hilang, minta mereka belikan.

Mereka bagi alasan tak ada duit.

Pergh~

Tak logik langsung.

Cakap je tak ada but boleh beli MPV baru, handphone canggih-canggih, tv berbiji-biji, sofa yang moyang mahal harganya, PS2 adik aku, skuter abang aku, bayarkan duit kereta akak aku lagi.

Tapi aku?

Apa aku dapat?

Sepanjang aku study, dia cuma pernah bank in kan aku duit tak sampai RM500.

Selebihnya aku gunakan duit wasiat.

Unfair lah~

Yang lagi buat aku terasa time nak raya, biasa atuk dengan nenek aku sediakan.

Tapi tahun tu, dua-dua dah tak ada.

Mak cik aku suruhlah aku minta pada mereka duit untuk buat baju raya.

Yelah time tu kan aku belajar lagi.

Aku try lah mintak lagi sekali, tapi hampeh jugalah.

So, finally Pak Teh aku yang bank in kan untuk aku guna duit arwah atuk aku yang telah di wasiatkan pada aku.

And Pak Su aku juga menghulurkan duit untuk aku.

Pak Teh aku ni pun satu hal, bila aku betul-betul terdesak nak guna duit aku sms lah dia.

Nak dapat punyalah susah.

Then masa aku balik kampung raya tu, tengok mereka satu keluarga sedondon bergaya dengan baju raya yang harganya RM150 seorang.

Bingitnya aku rasa.

Ooo time aku semua tak ada duit.

Adik yang yang second last tu boleh dapat kasut Nike RM 299 lagi.

Apa yang aku dapat hanya RM50 sebagai duit raya.

Itupun aku tak dapat duit raya yang telah diagihkan oleh Sultan Johor kepada anak-anak ATSNJ.

Entahlah~

Aku dari kecil telah dimanjakan oleh atuk dan nenek aku.

Hidup dalam kemewahan.

Tapi semua itu telah berakhir.

Aku akan lalui susah senang sendiri tanpa mak dan abah kandung aku.

Aku masih beruntung kerana ada mucuk dan maknya.

Btw~ buruk-buruk mereka pun still abah dan mak kandung aku.

Dan now, aku menumpang kasih dari family angkat aku.

Syukurlah~

Dan mak angkat aku yang sekarang ini banyak membantu.

Aku harap dapat membalas jasanya.

Dan mencuba yang terbaik untuk family baru aku.

Dan juga Pok Mat, yang banyak tolong aku dan manjakan aku dari kecil walaupun dia hanyalah anak angkat atuk dan nenek aku.

Aku benci Mother Days.

Aku benci Father Days.

Semua itu buat aku sad kerana rindukan mereka.

Aku sangat rindukan kampung di mana tempat aku membesar dahulu.

Rindukan mereka yang berada di sisi aku ketika aku membesar.

Jebat Oh Jebat

Posted in Family, Feel, Life on May 3, 2009 by chupchintap

Bergerak balik ke Masjid Tanah menaiki bus Jebat.

First time lah kiranya balik menaiki bus itu bersama mucuk.

Sangat mengecewakan.

Sampai Masjid Tanah cari tiket ke KL tapi dah sold out.

Terpaksalah naik Jebat juga.

Dapat seat last sekali macam masa balik juga.

Bus yang sama.

* Vietnam perhaps :]

* Seat yang tidak boleh di adjust.

Sampai Alor Gajah, bus berhenti di stesen bus itu untuk mengambil passenger.

Then entah macam mana seat tak cukup satu.

Adus~

Hampir half hour juga orang-orang Jebat ni menyelesaikan prob’s ini.
Last-last driver itu mengambil seat kereta taruk tengah-tengah line antara seat kanan dan kiri.

Pergh~ semak.

Dahlah kat kaki aku.




* Kasihan melihat dia tidur.

Jalan pula jam dari Linggi hingga Nilai.

Stuck 4 jam.

Sesungguh sabar adalah jalan terbaik~

Semoga ini adalah kali terakhir aku menaikinya :[