Archive for the Friendship Category

Petang tadi

Posted in Friendship, Life, Myipo on April 24, 2010 by chupchintap

Hari ini aku memenuhkan separuh dari weekend aku bersama dearest Yatie, Afiza dan Sally. Kami keluar pi jalan-jalan cari tudung dan menyempitkan diri kat pasar malam jalan TAR. Pack sungguh, nama pun pasar malam kan. Btw, sorrylah semua, sebab aku agak emo.

Ouh ya, Happy Birthday kak Liza. Hope happy-happy je, panjang umur and bertambah rezeki.

Advertisements

Aku

Posted in Friendship, Life on April 21, 2010 by chupchintap

Macam biasa, aktiviti bulanan aku ialah demam. Bila dah demam that mean aku akan dapat makan fast food. Yehaa~ Today aku rest je kat rumah. Yelah akak aku suruh aku rest je kat rumah, duit boleh cari tapi kesihatan tu penting nak kena jaga 🙂 Hurm~ yelah, me rest je kat rumah.

Syok, dapat tidur-tidur, dapat tengok Tasbih Cinta ( ni cik Afiza yang minta tolong aku tengokkan ), tapi aku tengok-tengok ayam je. Sebab aku tak tahu hujung pangkal, tu yang lalok-lalok je. huuu 😀 Entah apa yang dia minat kat Jojo tu tah.

Then, petang tu dearest Yatie aku balik, best gila aku rasa. Hidup balik diri aku yang separuh bosan kat rumah ni. Secara tidak sengaja, kami terlayan cerita Adamaya 😀 Macam layan tapi keadaan tidak mengizinkan terpaksalah kami melupakan cerita yang agak best tu. Takpelah, untuk menyedapkan hati, kami membuat keputusan untuk tengok repeat kat website TV3 je.

Hurm~ tadi aku baca blog kawan-kawan aku. Ramai sangat yang bad mood bulan ni. Dengan masalah rumahnya, kawan-kawannya, kencing bersepahnya. Entahlah, manusiakan susah nak jangka. Luaran tak seindah dalaman. Sabar jelah 🙂

Ini Macam Pun Ada Lagi Ke?

Posted in Friendship, Life on April 20, 2010 by chupchintap

Ni la namanya duniawi. Hidup dikelilingi manusia yang penuh dengan pelbagai kerenah dan tatasusilanya. Tidak dinafikan kadang-kadang ada yang menjadi talam secara tidak sedar.

Buat apalah kita nak amalkan budaya talam-menalam ni. Apa yang kita dapat? Kepuasan? Kepercayaan? Mudah didekati? Ouh please~ bagi aku itu semua lebih memudaratkan lagi kesihatan jantung. Jangan ingat orang gemar sangat dengan perangai talam-menalam ni. Kalau ada yang okay dengan kau tu pun, depan-depan je kot. Sedar tak sedar belakang engkau dimakinya berbakul. Tapi bila kau dengar cerita orang maki kau, kau janganlah marah. Sebab apa? sebab kau sendiri yang cari pasal.

Kita ni nak berkawan berpadalah. Janganlah sampai ada rasa tak puas hati dengan kawan kita sendiri. Janganlah ada dengki-dengki sampai nak burukkan kawan sendiri dengan harapan kita dapat memonopoli sesebuah institusi persahabatan itu. Tak faham aku. Yang buat aku lagi tak faham bila ada yang sanggup pisahkan hubungan persahabatan antara temannya sendiri. Kenapa ye? Dengki ek tengok keakraban kami? Aiseh~ kita ni nak kawan, kawan sama-samalah. Sama rata, sama adil. Tak rugi apa-apa pun kan?

Then, ada satu lagi. Aku pantang sangat yang depan aku memang baik gila tapi secara batinnya dia membuat pengakuan yang dia sebenarnya tak suka nak kawan dengan aku. Cis~ hancit. Ni kira-kira macam kes mengata kaw-kaw lepas tu buat muka sedih bila duit kering! Lain kali bila tak suka tu, buat cara tak suka. Tak payah nak buat-buat baik. Menyusahkan kau je nak berlakon, nak mencanang-canang cerita kat kawan-kawan kau yang kononnya kau ni MACAM BAGUS!

Dasar talam basi!

Cuma apa yang aku minta sangat pada sesiapa yang ada mengamalkan cara hidup ketalaman ni tolonglah ubah demi kebaikan diri sendiri. Kita sedar bukan senang nak jaga hati dan perasaan orang, lebih-lebih lagi yang kita kenal tidak sampai bertahun rankingnya tapi tak salah kau ikhlas dalam apa yang kau lakukan, jangan buat perangai yang sememangnya kau sedar akan merosakkan sesuatu hubungan barulah orang suka dengan diri kau.

* Sambil memuhasabahkan diri sendiri~

Tq Note

Posted in Friendship, Life on April 13, 2010 by chupchintap

Ouh ya, entry kali ni nak aku dedicate kan pada cik Qhiee. Aku nak say thank you so much kat dia sebab dengan bersusah payah bawa drill datang rumah aku. Aku sangat hargainya, dan aku terharu cos kau sanggup bawa walaupun kau naik motor :).

Bertapa besarnya makna pembawakan drill kau tu cik Qhiee. Tanpa drill kau, maknanya TV 400 aku tu still kat luar tu ;). Terlupa pula aku nak snap detik-detik manis aku, my dearest Yatie and cik ling Qhiee aku ketika dalam proses memindahkan TV 400 aku tu :D.

Kak Syida~

Posted in Friendship, Life, Myipo on April 11, 2010 by chupchintap

Happy Birthday Kak Syida.

Orang hope akak sentiasa bahagia.

Gembira.

Dipanjangkan usia.

Dilimpahkan dengan rezeki.

Sayanglah kat Kak Syida.

Fire Drill

Posted in Friendship, Life, Myipo on April 9, 2010 by chupchintap

Happy Birthday Again

Posted in Friendship, Life on February 19, 2010 by chupchintap

Birthday again?

Yeah, wish you happy belated birhtday cik qhieekan.

You’re great of friend as i’ve.

You’re funny, caring and loving also.

I hope we can be the best friend together for now and after.

Happy always oke.