Archive for the Lyric Category

Lagu Si Jambu

Posted in Lyric, Song on December 12, 2009 by chupchintap

Pergh hari ni aku duk melayan lagu si penyanyi yang agak jambu ni.

Dulu memang aku tak minat langsung dengan dia ni.

Siap mencemik lagi.

Tapi oleh kerana lagu dia yang latest ni dapat buat aku layan, terpaksalah aku akur.

Btw setakat ni cuma lagu ni je yang boleh aku masuk dalam listing song aku.

*

“Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun”

Part tu je yang aku suka dalam lirik dia ni 😀

Download Here

Advertisements

Kisah dan Lagu – 1000 Tahun~

Posted in Lagu, Life, Lyric on May 20, 2009 by chupchintap

Today macam nak entry fasal lagu 1000 tahun dari Butterfinggers ni.

Aku amat meminati lirik serta melodi lagu ni.

Bila dengar tu, macam ada semangat nak teruskan perjuangan yang selama ini aku harungi tanpa kenal erti penat dan lelah.

Hahaha, macamlah teruk sangat aku berjuang di medan dunia ini.

Sedangkan hakikatnya aku masih dikatogerikan “bertuah” kalau nak dibandingkan dengan nasib orang lain yang terpaksa menadah tangan mengharapkan simpati orang ramai bagi meneruskan hidup mereka.

Itulah, dulu aku main-main sangat so sekarang kenalah kerah keringat.

Aku akui, hidup di era sekarang ini terlalu banyak sangat godaan, dugaan, cubaan, dan macam-macam lagi.

Apa pun setakat ni, aku masih lagi mampu untuk menggunakan kudrat yang ada untuk menampung hidup.

Bekerja dari pagi sampai ke malam bagi menambah pendapatan serta isi perutku yang makin bertambah tangkinya.

Penat memang penat.

Tapi aku tak kisah.

Selagi ada lubuk rezeki, selagi itu aku gunakannya.

Jangan siakan peluang yang ada, kerana sebelum ini aku sentiasa mensia-siakannya :[

Sekarang adalah masa untuk aku membalas segala kemalasan yang ada.

Menepikan segala alasan untuk besenang-lenang.

Aku letakkan diri ini di ceruk dunia.

Aku dah jauh ketinggalan dari kawan-kawan seperjuangan aku.

Inilah akibatnya terlalu pandang remeh pada pelajaran serta terlebih rajin belajar.

Pandai macam mana pun tapi kalau tak pratikkan akhirnya bodoh juga.

Itulah aku~

So sekarang, aku kenalah pratikkan dan teruskan usaha aku dengan apa yang aku minat.

Belajar segala skill serta selok-beloknya.

Tak apa, biar apa orang nak kata.

Aku mulakan slow-slow je dulu.

Semoga hobi aku akan menjadi sesuatu yang beharga dalam hidup aku.

* 1000 Tahun – Butterfinggers

Memanglah penat

Tapi macam mana nak buat

Sudah terlambat, baru nak cepat

Terperanjat

Harap maafkan

Diatas segala kesulitan

Perselisihan yang dihadapi

Selama ini amat dikesali

Takkan berulang lagi

Kembali

Kembali kepada selamanya

Kembali

Kini kubangun sedar dari mimpi

Kembali

Kembali kepada petak pertama

Kembali

Kumahu hidup 1000tahun lagi

Saya tak akan

Mengambil kesempatan walaupun

Diriku ini kesempitan

Diawan kesembilan

Kotaraya

Kosmopolitan ini penuh dengan

Iblis dan syaitan penuh dugaan

Kalau jatuh lagi

Berdiri kembali

Sekali lagi

Kembali

Kembali kepada selamanya

Kembali

Kini kubangun sedar dari mimpi

Kembali

Kembali kepada petak pertama

Kembali

Kumahu hidup 1000tahun lagi

Kembali

Patri – Jinbara

Posted in Lagu, Lyric on March 6, 2009 by chupchintap

Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
sang kirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali ooo
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci….ooo..oo