Archive for the Menyirap Category

Bangkai

Posted in Life, Menyirap on April 17, 2010 by chupchintap

Orait, sekali lagi nak aku story pasal bangkai ni. Nampaknya kau salah orang, nak carik pasal lah. May be tuhan nak tunjuk kat aku kot, tu yang ringan je tangan aku ni. Aku takde lah nak salahkan si Noor Azlin ni, may be dia tak tahu apa yang dah jadi sebenarnya, yelah kau bukannya duduk serumah dengan dia, and yang paling penting kau bukan kenal aku. Aku menaip hari ni atas dasar berani kerana benar.

Aku belum berkesempatan nak talk face to face kat kawan kau tu wahai Puan Noor Azlin. Aku rasa kawan kau tu dah cukup pendek akal kot sampai tak tahu nak beza hak orang, dengan hak sendiri!!

Hey cik Ira woiii, bila masa aku kahwin dengan kau, sempai problem rumah kau nak samakan dengan problem rumah tangga. Bijak sangat, nak berbulu telinga aku dengar krisis rumah tangga yang hakikatnya krisis rumah sewa. Sedar diri okay!

Puan Noor Azlin, nak meluahkan kata jangan ikut sedap rasa sangat sebab kau tak tahu pun apa yang jadi. TV tu aku yang punya, ASTRO tu aku yang bayar, sesen pun aku tak minta duit IRA tu. Jangan kata dia je, AMAL dengan PALID pun sama. Aku tahu kau mesti kenal AMAL dengan PALID sebab tu kau juga tahu aku sorok semua barang dalam bilik!

Sehari dua kau bolehlah tahan, nah aku bagi kau duduk dengan mereka ni setengah tahun cukup~ aku nak tengok kau boleh tahan tak dengan perangai :

  • Buang sampah dalam singki, biarkan sampai berulat. Dengar cerita lebar-lebur gaji ribu-riban tak kan lah tong sampah pun tak boleh nak beli? Dekat setahun duduk rumah tu, til now buang sampai dalam singki. Dah busuk, baru nak buang kat luar.
  • Guna dapur gas tak reti nak lap, untuk pengetahuan engkau Puan Noor Azlin, dapur gas tu, aku yang punya. Sampai now ada kat dapur tu, kalau aku ni berkira sangat, dah lama aku simpan dapur gas dalam bilik. Ada akal tak? Yang aku marah sangat, lepas memasak tak reti nak kemas elok-elok. Minyak yang percik kat dapur gas tak reti nak lap.
  • Kain buruk tak reti nak basuh. Aku tahu kain tu kain aku, tapi dia pun guna, guna macam sendiri punya tapi bila dah kotor, kau nak tahu siapa yang basuh? AKAK aku juga, ingat AKAK aku tu apa? HAMBA mereka? Aku ajak buat jadual bersihkan tak mahu. si IRA tu lah yang cakap,”masing-masing dah besar, boleh fikir sendiri, tak payah nak suruh-suruh, tanggungjawab sendiri,”. Tanggungjawab wak lu lah, asyik-asyik kitaorang ni yang kena bersihkan sampai tahap hilang sabar aku, aku biarkan je.
  • Tempat letak pinggan tu pun aku yang punya, tapi selamba dek je dia guna. Aku tak kisah pun sebenarnya dia nak guna cuma satu benda je yang buat aku kisah, bila letak pinggan atau cawan yang basah kat situ sebab rak tu, kayu. Tak ke reput nanti? Itu pun tak boleh nak fikir ke? Itu pun nak kena aku tegur juga ke? Dah guna barang orang tu, pandai-pandai lah jaga. Dahlah masuk rumah tu kira cukup complete dah sebab apa aku kata complete? kettle, kuali, senduk, sudip, periuk, majoriti aku punya. Selamba je guna?
  • Ni part best ni, aku cakap pasal washing machine dulu lah ek. Untuk pengetahuan Puan Noor Azlin dan mereka tu, washing machine tu aku beli sempena birthday AKAK aku. So atas dasar permikiran logik akal aku, memandangkan master bedroom tu ada toilet better washing machine tu duduk dalam toilet aku. Lagipun atas pandangan kasar aku, mereka semua tu tak pandai nak jaga atau hormat hak orang. Pengotor. Silap-silap terajai washing machine tu. Tak dapat aku bayangkan dengan habuk-habuknya.
  • TV? cukuplah kot dekat 10 bulan aku bagi mereka tengok, tanpa sesen pun. Aku letak kat ruang tamu tu, bagi lagi tengok walaupun kadang-kadang remote sampai jatuh bawah sofa (masa ada sofa, sekarang aku dah buang). Aku buang sofa tu pun sebab aku geram kat mereka. Suka hati buang sampai celah-celah sofa, aku bukan nak tuduh tapi kalau dah sah-sah lagi tiket bus hentian duta ke Kedah nun, siapa lagi? Nak cakap aku? Please aku orang JB, and AKAK aku orang Melaka! Pamphlet domino’s pizza, canadian pizza, receipt, plastik gula-gula daim, and macam-macam lah tak larat aku nak list. Dari aku marah-marah baik aku buang sofa tu. Dan untuk pengetahuan kau, walaupun sofa dah dibuang, adakalanya aku balik kat ruang tamu tu still ada pamphlet, receipt and etc bersepah atas lantai. Berhari-hari baru nak buang. Sekali dua bolehlah aku tolong kutip and buangkan tapi kalau dah banyak kali aku rasa engkau pun tak leh sabar Puan Noor Azlin oii. Okay back to TV topic, aku bawa masuk sebab mereka tengok TV tak beragak. Dahlah kadang-kadang main off main switch. Apa function remote tu, kalau mai PAP suka hati je. Dahlah bila tengok TV suara sama naik ngan volume. Pening kepala aku mana satu nak dengar.

Nak tengok AF? Untuk pengetahuan kau juga mereka ni suka tengok repeat program dengan cara yang agak memeluatkan aku. Setiap kali aku balik, setiap kali tu lah AF, tiap-tiap hari tengok konsert AF ulangan. Tu if musim AF lah, baru-baru ni Raja Lawak, sama juga. Everyday Raja Lawak, Jangan Lupa Lirik lah. Heiii~ Aku ni suka sport, aku masuk ASTRO sebab aku nak layan sport, and memang setiap kali weekend akan ada game epl, tak pun La Liga Spanish. Kau dah kahwin kan? Kalau husband kau jenis minat sport aku sure dia pun tahu. Aku layan LIVE beb, tak main ulang-ulang ni. So, bila time aku nak tengok harap faham. Ni tak, bila aku tengok mereka buat muka tak puas hati nak bising-bising sampai aku terpaksa naikkan volume TV sebab tak dengar.

Cukuplah wei, harta aku, suka hati aku lah nak letak mana. Kenapa? mereka tu terhegeh-hegeh ke nak guna barang aku? Aku ni kerani cabuk je, IRA tu kan technician. Gaji besar dari aku. Beli lah sendiri. Kan senang, nak tengok apa pun boleh. Jangan nak hadap barang orang.

Kalau kau rajin baca, kau baca ajelah blog aku ni. Aku tak sukalah cakap-cakap belakang ni. Don’t judge a book by it’s cover.

Ouh ya, ayat kau yang aku tak boleh blah “nak pinjam-pinjamlah’, haha. Life mereka kat rumah ni bukan erti kata pinjam lagi tapi ‘buat harta sendiri’. Tiap kali aku nak guna barang aku, aku kena minta. contoh, “minta remote”. Setiap kali aku nak guna hak aku, aku kena minta? macam tu? mula-mula je pandai hulur bila aku keluar nak tengok TV, lepas tu? taruk tepi peha. Serius aku tak tahan. Kau baca je lah older post kat blog aku, senang!

* Klik pada picture untuk menyenangkan korang membaca~

Advertisements

Panas Ouh

Posted in Life, Menyirap on April 15, 2010 by chupchintap

Pagi-pagi lagi dah cari pasal dengan aku. Apsal? Korang takut ke nak berdepan dengan aku haa? Nampak macam berani sangat. Eksen je lebih rupanya macam tahi! Macam celaka je perangai. Kau dah tahu lift tu yang geraknya dua, apa salahnya kau tahan sebab aku dah sampai depan pintu lift pun. Kalau duduk tingat 5 tu boleh jugalah aku menapak guna tangga, ini tingkat 19.

Disebabkan manusia tidak bertamadun tu, aku tunggu depan lift dekat 3 minit. Aku ingatkan dah selamat sampai kat stesen LRT, rupanya baru ada kat area block 25. Herrrr, lembab betul jalan. Aku yang kau tinggal kat lift tadi still boleh potong kau and naik tren dulu dari kau.

Yang clear disini, mereka ini memang nampak sangat nak mengelak dari terserempak dengan aku. Haha, bila bertiga bukan main lagi. Tapi bila berdua, menikus mondok!

Ouh ya, baru semalam aku update blog cakap pasal tahap kebisingan time aku tidur. Nampaknya, perangai mereka masih macam tu. Sebab apa aku cakap macam tu, semalam aku balik mereka tak ada kat rumah kut so dalam pukul 11 lebih tu aku dah selamat tidur, malangnya nasib aku tengah sedap-sedap aku tidur aku tersentak dengan suara-suara mereka yang memekak kat ruang tamu nun. Ish!!! nak memekak pun, memekaklah kat dalam bilik. Fikirlah sikit orang nak tidur, dah pukul berapa dah.

Kalau reason korang nak memekak kat luar tu sebab TV korang kat luar (mana tahu sambil-sambil nak tengok TV) better korang angkut TV korang taruk dalam bilik. Senang. Memekaklah korang sepenuh hati!

Mengimbau Kenangan

Posted in Life, Menyirap on April 14, 2010 by chupchintap

Petang-petang macam ni, tiba-tiba memori aku terimbau balik saat mula-mula aku dan akak aku saat si A*** nak masukkan kawan dia P****. Dulu aku berat gila BAB 1 nak accept si P**** masuk rumah tu, sebab aku fikir macam-macam Tapi si A*** ni telah pun menjanjikan bulan dan bintang. Cet~ adat manusia sebelum dapat. Bila dah dapat, bulan tah kemana, bintang pun tah kemana yang tinggal ni hanyalah debu-debu yang tiada nilainya.

Dengan penuh rasa yakin dia menzahirkan kata bahawa mereka tidak akan conquer rumah itu kerana tahu kami lebih berhak ke atas rumah tu. Sedar diri kononnya jika kami halau mereka, mana kami nak duduk. Haa~ tu dululah sekarang ni tak sampai setahun pun dah macam apa dah. Btw macamlah kami ni jahat sangat tak ada hati perut main suka-suka hati nak halau orang.

Aku sedar dengan apa yang jadi ni sejak tahun lepas lagi. Inilah akibatnya jika ambil orang sama negeri, sama loghat, atau apa-apa saja. Nak-nak mereka ni kawan poly. Bila dah duduk bersama terus buat kepala. Aku rasa mereka ni di dalam golongan tidak matang. Ouh ya, padahal sebelum ni kami dah cakap kami nak yang pembersih, ingin aku boldkan kat sini PEMBERSIH!! Tapi hasilnya, haprak.

Okay, sebelum aku pergi kerja tadi aku dikejutkan dengan santapan mata. Menatang apa pula kat ruang tamu aku tuh? Ouh dah beli TV berapa ratus ya? Haha :D. Yang aku peliknya asal nak semakkan kat ruang tamu tu? Tak takut ke aku guna TV berapa ratus kau tu? DVD pun siap angkat sekali taruk kat ruang tamu. Sebelum ni awal-awal lagi angkut dalam bilik. Bajet aku nak guna DVD kau tu? Please lah. Aku ni bukan jenis suka guna barang orang, sebab aku ni still boleh hormat lagi barang orang. Aku tahulah korang pun bayar sewa tapi kau jangan lupa yang aku ni pun bukan duduk free!

Aku harap lepas ni dah lepak luar tu jangan nak memekak sangat. Fikir sikit orang nak tidur ke, apa ke, ni tak sebelum-sebelum ni time aku nak tidur asyik terganggu dengan volume korang tu. Pukul 1pagi pun still melalak-lalak. Sehari dua yelah happening, lama-lama pening kau tau tak. Tension dowh. Cuba belajar cakap pelahan-lahan sikit. Kita ni duduk menyewa, bukannya duduk dengan mak bapak dapat-dapat lagi kat depan rumah tu salah seorang pengarah kau kat office kau tu. Jagalah image sikit. Tak faham betul aku dengan perangai korang. Nak cakap budak-budak tak, sebab kau dengan aku ni sebaya je.

Okaylah, cukuplah kot untuk hari ni.

Opera Hidup? Kah Kah

Posted in Life, Menyirap on April 12, 2010 by chupchintap

Ya Allah, hari ni sekali lagi tahap kesabaran aku di uji. Aku ingatkan tak akan ada lagi perkara-perkara yang membuang masa seperti ini yang terpaksa rela aku lalui. Tapi apa pun aku redha. Mungkin inilah cara terbaik untuk mematangkan aku 🙂

Cerita ini benar-benar berlaku bukan semata suka-suka aku nak update bagi orang baca. Tapi adalah lahir ikhlas dari hati aku. Aku laluinya, malah aku juga yang hadapinya. Mereka yang mendengar, membaca, malah tumpang mengata itu tidak dapat rasa apa yang apa yang dirasai oleh aku yang ada kat dalam rumah tu. Lebih-lebih lagi akak aku yang terpaksa hadap dia kat office lagi. Semoga tuhan tabahkan hati akak ku. Rasanya mendiamkan diri bukanlah yang terbaik untuk kami, kerana mereka sedang rancak mengata kami yang aku rasa belum tentu ada benarnya.

Selama hari ini, aku cukup mendiamkan diri. Cukup-cukup bersabar hingga ke suatu tahap, bebanan ini tidak dapat lagi aku tanggung sendiri. Ya, memang aku jahat sebab aku luahkan pada kawan-kawan rapatku di office. Adatlah kan, sebab aku tahu diaorang pun akan melakukan perkara yang sama.

So, sebagai permulaan sesi luahan aku ni biarlah aku cakap terus terang, yang aku berhak untuk mencoret apa sahaja tentang perasaan aku tanpa memikirkan perasaan orang. Sebab apa? sebab ini blog aku. kalaulah ada rasa-rasa menyirap ke, panas ke, minta tolong blah sekarang oke!

Bagi siapa yang tidak pernah mengenali aku, awal-awal lagi aku cakap tak payahlah kot nak kenal. Aku tak nak korang akan rasa menyesal macam apa yang dah jadi kat budak rumah aku. So pada siapa yang pernah jumpa aku, aku yakin korang akan cakap aku ni kasar, ganas, macam jantan pun ada. Tapi aku tak kisah. Sebab itulah aku, dan aku tau siapa aku.

Korang nak tahu pasal apa aku tak galakkan korang kenal dengan aku? Sebab aku ni badut. Aku ni lalang. Aku ni juga kurang kasih sayang. Tapi aku still beruntung sebab aku ada family, kawan office, kawan sekolah, dan yang paling best ialah my dearest Yatie.  Btw aku taklah kisah sangat dengan suara-suara sumbang ni, aku anggap macam lalat tahi tu je.

Kenapa aku cakap aku badut dengan lalang? Sebab aku baca dekat wall housemate aku dan memang secara zahirnya kami sedang bertelagah sesama sendiri. Dan secara tidak langsung of cos aku terasa ia dituju dekat aku. Yelah, yang komen-komen pun, budak-budak rumah aku juga. Tak kan lah nak bagi kat orang lain pula? Ramai sangat ke musuhnya? Aku yakin ni suara-suara dengki sebab aku dah bawa masuk TV dalam bilik. 😀

So, akibat dari tu aku telah pun membuang mereka dari friendlist kat Facebook aku. Buat apa aku nk semakkan Facebook aku dengan mereka-mereka yang sepatutnya tidak layak bergelar kawan. Facebook aku hanya untuk kawan, bukan orang yang suka cari pasal dengan aku.

Apsal aku bawa masuk TV dalam bilik? Ish, bagi aku terlalu banyak alasan kukuh. Sebagai contoh,

  • TV aku : Aku beli dengan duit hasil titik peluh sendiri sambil dibantu oleh my dearest Yatie. Walaupun ada yang macam kerek pertikaikan TV 400 aku tu. Tapi dia juga yang melantak TV 400 tu.
  • Astro : Aku ni kaki sport, nak-nak bola. So awal-awal lagi aku masuk Astro sebab aku nak tengok bola dan nak aku tekankan kat sini Astro tu aku yang bayar sorang. Takde share-share ni. Menyusahkan je nanti time aku nak tengok bola.
  • Tahap kebisingan : Aku tidak suka menonton dalam keadaan yang bising. Mana satu aku nak dengar, suara mereka ke, suara TV. Banyak kali beb. Nak borak tu pelan-pelan tak boleh ke? Ish, tak faham aku.
  • Cara Off TV : Aku tahulah mereka tidak keluar duit sesen pun tapi salah ke minta tolong jaga barang orang. TV tu ber’remote’ serta ada button off, kenapa mesti main tutup saja suis macam tu. Tak balajar gamaknya. Tuan dia sendiri penuh sopan nak off TV 400 tu.
  • Bosan : Aku bosan setiap kali aku nak tengok TV aku kena minta remote dengan mereka. Mula-mula aku tak nafikan mereka pandai nak mengulur tapi lama-lama asyik nak kena minta. Semua orang bosan beb, nak guna barang sendiri tapi nak kena minta-minta. Lepas tu duduk tengah-tengah alam.
  • Berjulur : Berjulur maksud aku kat sini, salah sorang dari mereka gemar beronline tengah-tengah ruang tamu ni. Ya, aku tahu tu extension tu kau punya. Mungkin kau mahu menggunakannya di dalam bilik tapi terpaksa berkorban sebab TV 400 aku tu need extension tu. Herr~ so dari aku duduk kacau kau nak online kan baik aku guna extension aku sendiri dan lagi better TV 400 aku tu ada kat dalam biliklah.

Hai~ tu baru cakap pasal TV, belum aku buka cerita kenapa aku marah sangat kat mereka. Meh aku list apsal selain dari sebab-sebab di atas,

  • Tahap kebersihan mengecewakan : Awal-awal lagi pernah diberitahu kami amat mementingkan kebersihan. This is atitude beb. Lawa macam mana pun korang kat luar tapi rumah macam reban ayam. Takde guna juga.
  • Tidak pernah basuh kain buruk walaupun sama-sama guna : Bila diajak buat rotation tak mahu. Siap boleh cakap, masing-masing dah besar. Boleh fikir sendiri. So akibat dari buah fikiran korang tu lah sampai berulat sampah kat singki tu.
  • Letak plastik sampah dalam singki : Tak mampu ke nak beli tong sampah?
  • Dapur gas berminyak : Ni satu lagi. Lepas masak tu lap lah. Ini tak, dibiarkannya berminyak siap dengan kuali yang bertakung minyak lagi tu tak cuci-cuci sampailah ada ulat-ulat hitam yang jatuh dalam tu dan berterabur hingga merayap dekat ruang tamu. Officemate aku (cik Qhiee) sempat rasa pengalaman itu. Ulat-ulat tu menganggu ketika dia tidur.
  • Buang habuk di balkoni : Aku rasa ni semua sedia maklum. Bagi yang tahu apa erti bersihlah. Bila sapu sampah tu taruklah dalam plastik, lepas tu buang kat tong sampah depan lift tu. Ini tak, first aku balik dari ot aku buka pintu tengok balkoni penuh dengan habuk kipas. Ya Allah, apa punya cerdik entah. Kalau kena air hujan tak ke habuk tu akan jadi debu hitam. Aku juga yang tolong bersihkan sebab apa, masa tu fikir lupa kot. Tapi sekarang ni ha, segumpal rambut. Dekat dua minggu dah kat luar. Kalau tak caya, cik Qhiee ada di tempat kejadian.

Entahlah banyak sangat, nak tulis pun macam sia-sia juga. Nasi sudah jadi bubur. Bahang kemarahan ini masih menguasai diri. Ouh ya, pasal TV 400 tu, ramai juga yang pernah cakap dekat aku kenapa awal-awal lagi tak masukkan dalam bilik. Okay, aku bukan kedekut sangat sebab masih boleh share macam-macam dengan orang yang aku anggap kawan.

Seawal aku menyewa ni (sebelum ini aku duduk rumah Pak Lang) hampir 4 bulan aku tak tengok TV. Nak tahu pasal isu semasa, kena rajin beli paper then baca (bukan setakat buat alas makan je). Paper pilihan aku of cos Harian Metro. So, aku faham sangat macam mana bosannya feel ketika tu. Balik rumah je terperuk dalam bilik. TV kat luar tu ada, tapi memikirkan itu hak orang, jadi aku takde lah memandai-mandai pergi on. Dan ex-housemate aku tu ada Astro yang dipasang dalam bilik. Ya, hati aku selalu bercakap apa punya kedekut da~ So bila aku dah dapat rumah sendiri ni, aku beli TV masuk Astro serta bagi orang lain tengok. Sebab apa? sebab aku tak nak mereka rasa susah, bosan macam aku. Tapi mereka tak pandai nak hargai. Mereka tetap nampak keburukkan aku. So, lantak.

Sekarang baru aku faham kenapa Yat tu masukkan TV dan Astro dia dalam bilik. May be dia juga pernah rasa benda yang sama. Sebab itulah dia pernah bagitahu yang sebelum ini dia tinggal di Apartment Melur dan baru sahaja pindah ke Menara Orkid.

Buat baik orang kata, buat jahat lagilah kena caci. Herm, itulah. Aku selalu dengar cerita pasal si perempuan ni dari akak aku. Perempuan bajet bijak semua. Perempuan yang suka show on. Come on lah, aku ni nasiblah bukan jenis mencapap. Kalau aku jenis macam tu, terkeluar kot biji mata kau tengok apa yang aku ada, mak abah aku ada. Tu baru family aku, belum Pakcik, Makcik aku.

“Hoi perempuan, orang yang bagus tidak akan memuji diri sendiri serta mempertikaikan atau membuka pekung di dada kawannya sendiri”.

Ingat aku tak tahu kau mengata sesama kau. Kau cerita pasal kawan yang aku fikirkan dia baik dengan kau kot sebab kau tidur sekali dengan dia. Tapi bila budak office kau buka cerita depan akak aku, dengan pantas kau berkata “Kak Yatie tak kenal lagi perangai *** (perlu ke aku mention nama, tengok star pun dah tahu kot) tu macam-mana, kami kenal dia dah lama”.

Tapi atas dasar malas campur, aku abaikan sebab dari situ aku dah cop yang kau ni memang kaki mengata orang dan pandai meraih simpati. Sedangkan teman tidur kau, kau boleh mengata kat budak-budak office kau inikan pula aku, akak aku? Mujur tak ada yang sampaikanlah. Asal aku dengar je, siaplah. Kesian kawan kau tu, baik dengan kau pun kau mengata. Aku rasa ni semua hasil dari doa mulut kau sendiri kot sebab kau suka cakap orang kurang ajar, walhal kau yang kurang ajar.

Lastly, pasal DVD kau. Ni aku nak bagitahu. Aku tak pernah pandai-pandai nak on DVD kau. Tengok DVD belakang kau pun tak pernah.  Jadi aku peliklah kenapa kau nak angkut DVD kau lepas tu mana peruk tah. Asal? ingat aku hadap? Please, aku tak hadap. Lepas ni Ice box tu takde rasa-rasa nak angkut masuk dalam bilik ke? Mana tau nanti aku guna ke?

Haha 😀

Tension

Posted in Feel, Life, Menyirap on January 7, 2010 by chupchintap

Tak tahu why hidup ni perlu ada yang dengki.

Aku tak pernah dengki dengan korang, korang janganlah nak buat hal dengan aku.

Aku dah lah tak tahu apa niat korang buat macam ni.

Korang suka kot, apa yang dah jadi kat aku sekarang.

Thanks pada yang terlibat secara langsung mahupun tidak.